Saturday, December 31, 2011

Kerja2 2012..:-)




 













Alhamdulillah arini diberi kesempatan lagi untuk bernafas didunia pinjaman ini..dan arini jue terpanggil tuk memenuhi penantian sahabat jue yang sorang nie sapa gi kalo bukan saudari SYAIDATOL SYAKIRA..:-)..penantian apa ya?..semestinya tentang kerjaya pilihan jue tuk mengisi masa lapang sementara menanti result SPM nanti..entry nie special tuk kamo0 syai..:-)..eh silap tuk smua orang yang mengenali diri nie juga ya..:-)..untuk pengetahuan semua sahabat jue ngan fiza mimilih bekerja di kilang sebagai kerjaya pilihan sepanjang cuti nie,,jangan x caya ya..nama kilangnya adalah VENTURE..


INI LOGO KILANG YA,,:-)






Jue ngan fiza sememangnya pening nak cari keja almaklum x penah ada pengalaman sebelum nie..tetiba Aqilah ngan syaza gtau kat tempat keja dya org ad lagi tempat kosong dan dya org bagi kami no fon kak lin..


INILAH MEREKA BERDUA YG MEMBAN2..:-)
SYAZA DAN AQILAH..


kami dua pun sepakat la trus kol kak lin..dah dpat kol kak lin,kak lin swuh dtg ari selasa bawa slip PMR,salinan ic n gambar 2 keping..ari first kami pegi kak fiza yang antar..


KAK PURA YANG RAJIN MENGANTAR..;-)

First kami masuk terus isi borang yang kak lin bagi den ad test ckit tapi Alhamdulillah senang ja juz solan math yang basic..pas 2 ada interview lak..kami dua nya la takot tapi nasib bek masuk 2 org sekali..org yg intrvw kami 2 cik nasir tpi dya sporting ja n dya kata dya memang galakkan kami cari pengalaman..kemudian kami wat medical test kat klinik kilang 2..ok Alhamdulillah kami sememangnya telah DITERIMA KERJA.terharu2..tuk hari mula kami juz diperkenalkan tentang kilang nie dan dibawa melawat tempat2 penting..sebelum balik kami dibawa tngok bilik training n lastly ke tempat bus tuk tgk bus yang akan antar dan ambil tiap ari..Alhamdulillah hari pertama berjalan dengan sgt lancar..jue ngan fiza dapat sahabat baru nama dya farah..


inilah orangnya..:-)

Esoknya kami dah mula nek bus..bus dtg seawal 6 pagi so kena pandai2 atur masa sendiri..sampai ja sana kmi terus solat subuh..ok ap yang menarik tentang kilang nie kalo time solat tiada langsung unsur tolak ansur maksudnya pekerja boleh terus ja pegi solat dan supervisor or line leader x da hak tuk halang dan surau dya pun boleh dikatakan selesa..kami dah mula training dgn menjawab 17 set soalan tapi smua solan senang2 ja coz ada nota tuk rujuk..kami x mula wat keja lagi,masih dalam proses training dan tggl lagi 2 set ja gi tuk dijawab..ok kepada yang x percaya ini lah buktinya..(terutamanya syai la)hehe..:-)







Dari hati yang kecil buat semua sahabat:Ok tujuan jue tulis kisah nie dengan arapan semua sahabat dapat doakan kami berdua terus tabah dengan pilihan kami dan dapat menimba sebanyak pengalaman di sana..kepada semua sahabat yang x terlibat dengan PLKN cubalah cari pengalaman dengan bekerja dan rasai sendiri bagaimanakah ibu bapa kita besusah payah mencari rezeki tuk kita..kepada yang parents x bagi jgn lawan ckp lak ti jadi anak derhaka lak..;-).. bukan ap kadang2 ad gak yang risau tentang keselamatan anak2 dya org..ingat bukan parents anda tu bukan mengawal kebebasan anda sebenarnya mereka terlalu menyayangi anda.. wallahualam..wasalam

Friday, December 30, 2011

Azam tahun baru..





Alhamdulillah sedikit hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi..semestinya ramai dah mula nak coretkan azam tahun baru kan..jadi arini jue terpanggil tuk berkongsi ap yang baca tentang matlamat hidup manusia..terasa sesuai lak dengan azam twun baru nie..mungkin boleh dijadikan panduan tuk  sahabat2 tuk memulakan azam baru..

Matlamat dan peranan hidup manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah islam sejelas-jelasnya.Manusia tidak dijadikan sia2 dan tidak dibiarkan  begitu sahaja.ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu ..ia tidak dijadikan untuk dirinya,ia juga tidak dijadikan untuk berseronok,bukan juga untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah,dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan..

Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah ALLAH serta menjadi khalifah di bumi..ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang yang pendek ini,amanah taklif dan tanggungjawab…manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab..dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung..

Ada orang berkata “si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup”.penyataan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan,persoaln masih ada,kenapa manusia hidup?..

Adapun para materialisme  menjawab “sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia.”
Manakala orang beriman menjawab “manusia hidup hanya kerana Tuhannya yang Maha tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi..”
Firman ALLAH SWT: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa KAMI hanya menciptakan kamu(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu?.dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada KAMI?..Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah ALLAH yang menguasai seluruh alam,lagi yang tetap benar..”(Al-Mukminun:115-116)

Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya denagn orangnya yang hidup untuk Tuhannya,di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari TUHAN tidak mengetahui matlamat hidup manusia,kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap.Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu.Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup..

Dengan perkataan lain, “manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokkan tidak lebih daripada itu..Apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhirlah segala-galanya.Alangkah benarnya kata AL-QURAN: “katakanlah matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja..”(Al-Nisaa’:77)

DARI HATI YG KECIL BUAT SMUA SAHABAT: Mungkin artikel nie dapat membantu tuk sebagai rujukan untuk memulakan azam twun baru..untuk memulakan sesuatu yang baru hendaklah berpandukan matlamat hidup kita sebagai makhluk ciptaan ALLAH di dunia pinjaman ini..sekadar renungan bersama  wallahualam..wasalam



























Thursday, December 29, 2011

Girls Outing

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menconteng di blog yang x seberapa nie..arini juz nak cita sal jue kuar ngan sahabat2 jue buat kedua kalinya..kali nie special ckit coz farah ada dan alhamdulillah smua dpat dtg..saadiah,najwa,fiza,thahirah dan jue sendiri..jadi semua sekali dah jadi 6 orang..juz kami kuar nie tuk sambut dan raikan farah yang dtg melawat ke PENANG yang tercinta nie..ok ari 2 farah pakai bju pink den kebetulan kami smua pkai bju ungu la plak cma saadiah ja len ckit..mmg cm penyambut pun pkai bju sama warna..:-)

TETAMU KEHORMAT..:-)


TOUR GUIDE BERJAYA..:-)


So semmgnya aktiviti wajib tengok wayang la..:-)..kali nie kami tgk wayang cta satu malam kubur berasap.bleyla tahan cta dya tapi ada gak insan sempat melelapkan mata dan itu sememangnya perkara biasa..hehe..   :-)..kalo x snap gambar mmg x sah la kami..dan begini la hasilnya..







Jadi arini jue juz nak cta sal nie..walaupun x lama jumpa tapi kmi tetap epi dapat luangkan masa sama2 tmbh dengan farah yg dtg jauh dari kedah..lastly jue mmg x tau apa dah nak cakap apa dan jue arap dapat jumpa sahabat2 jue nie di lain waktu jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..insyaAllah..Amin..

DaRi hAtI yAnG KeCiL Ini bUaT sAhAbAt2:” Bersyukurlah dengan pertemuan yang ditakdirkan oleh TUHAN untuk kita dan redhalah atas perpisahan yang tersurat”..wasalam..

Tuesday, December 20, 2011

A GUIDE TO PROPER HIJAB FOR LADIES

Alhamdulillah masih dapat mencoretkan sedikit perkongsian buat sahabat2 tuk ari ini..arini jue nak letak beberapa gambar yang comel2 tapi memberikan pelbagai peringatan buat sahabat2 terutamanya kaum wanita yang bergelar muslimah..sesiapa yang penah tgk dah x pa juz tgk tuk kali kedua coz kadang2 pandangan kali pertama x lekat di hati dan pandangan kedua kalinya bru lekat di hati..ops x semua benda mcm 2 kdg2 pandangan kali pertama sudah memadai..ok x nak cta panjang..juz look n tke a good thing bout all of dis pic..:-)

A GUIDE  TO PROPER HIJAB FOR LADIES








P/S:Arap semua sahabat sukakannya dan mengambil pengajaran ya..:-)

"HARGAILAH DIRIMU SEBAGAI SEORANG WANITA DENGAN MEMELIHARA AURAT"

wasalam..













Monday, December 19, 2011

Tetamu Allah

Alhamdulillah setelah sekian lama behasrat tuk ke tanah suci akhirnya impian itu semakin menjadi kenyataan..dengan berkat usaha nenda yang tercinta kami dah hamper siap semua urusan terutama sekali sal passport..tp arini jue bukan nk show off or what juz nak kongsi cta dgn sahabat2 dan juga berkongsi kegembiraan di samping berharap sahabat sekalian doakan jue leh capai impian jue tuk jejakkan kaki disana insayAllah jika tiada aral melintang bulan 3 twun depan..ok kisah yg jue nak kongsikan adlh bertapa bnyk ujian yg kita akn hadapi sebelum mendapat sesuatu nikmat dari tuhan..ok x nk cta sal owg len juz nak cta ap yg jue hadapi dlm wk2  persediaan kesana terutamanya sal urusan passport..ok untuk pengetahuan sahabat semua nk wat passport nie bukan la perkara yg mudah tmbh lak kita yg di bwh umo.. nk tggunya passport 2 siap dgn hadapi entah berapa ratus org sememangnya menguji kesabaran..dengan kena berdiri lama pegi wat bnyk urusan sblom 2 mmg pening..kalo x bernasib bek passport x kan siap dalam satu ari or dari pagi sampai ptg kna tggu..pengalaman jue teman tok jue wat passport.mkn tengah hari tepat jam 5.30 ptg padahal pkul 9 pagi kami dah ad kat pejabat imigresen 2..lm x?..k tapi wk2 sgt melatih jue menjadi seorang yg lbh sbr..tuk jue kata mkn dekat nk g kt mkn kena sbr..tp ap yg menarik kt leh tgk sikap owg2 zaman sekarang contohnya owg muda kebanyakan semakin hormat owg tua..nmpk ja warga emas ramai saja yg menawarkan tmpt dduk x kira bangsa or agama..menarik kan?..tp alhamdulillah urusan jue di shah alam x la sesukar di penang..berjalan dgn lancar walaupun kena pegi 2 ari..nnt kalo ada rezeki sahabat sekalian pasti kalian akan mersakannya jugak insyaAllah..k jue rs yg 2 ja jue nak share tuk arini..sampai berjumpa lg..
P/s:jgn lupa ya doakan jue dapat sampai di sana suatu ari nanti,,

TIME TGGU TURN..
AKHIRNYA SIAP JUGA..




MASA UNTUK PULANG..

JUZ INI SAHAJA UNTUK DIKONGSI
WASALAM..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...