Saturday, January 26, 2013

Menerima Seadanya

Lihatlah berapa ramai orang yang hadir dalam hidup kita di dunia ini.. dan kita doakan antara orang2 yang hadir itu kekal hingga ke JANNAH selepas menemui kematian..tetapi walaupun ramai, ada yang kita hanya mampu menjadikan tempat dalam berkongsi rasa tetapi tidak untuk memahami sebaiknya mahupun bekerja bersama..

Itulah pentingnya sikap menerima seada mungkin siapakah mereka yang hadir dalam hidup kita..
Dan itulah silap diri ini..mengharapkan sesuatu yang tidak mampu diberi mereka..

Sesungguhnya susah untuk mengorbankan perasaan sendiri demi menghargai perasaan orang lain..tetapi kita masih boleh mencuba..perkara yang tidak nampak ini sebenarnya sangat menyakitkan daripada perkara yang mampu dilihat dari mata kasar…

Di saat ini Allah telah pinjamkan mereka untuk berkongsi saat suka dan duka bersama..diri ini sedang mencuba menerima dan menghargai pinjaman Allah yang sementara ini  dan akan diambil pada bila2 masa dari diri ini tanpa dapat ditahan oleh sesiapa..

Jujur, diri ini manusia yang hina dan lemah..hati manusia cepat sangat digoda dan berkecamuk..hati ini juga cepat tersa, mulalah datang perasaan-perasaan kurang enak itu..diri ini juga manusia yang sering kalah dengan perihal-perihal begini..cepat terasa,mudah marah dan semuanya dalam masih dalam proses memperbaiki..MAAF..

Dari hati yang kecil: untuk mendapatkan sesuatu,kita perlu mengorbankan sesuatu..untuk menang kita perlu kalah terdahulu..untuk bangun wajib untuk kita jatuh dahulu..

“Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis”..

“Allah is very beautiful in designing our life”..

wallahu’alam..


No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...