Saturday, November 17, 2012

Takkan Terpisah

Alhamdulillah masih terjaga dri tidur yg lena pada hari ini dan menikmati semula dua nikmat terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat IMAN & ISLAM.. J

Penat juga la ketuk  habuk2  yg mula manapak lam blog nie..nmpk tak bertapa lma nya tak post entry bru?..ok x la lma tpi still leh consider lma la..hee.. J
Hmm entry jue kali ini tak terlalu crius ya hanya bersifat santai..sesipa yang membaca hope dapat la gak input yg berguna.. 

Ok tujuan entry arinie untuk berkongsi sedikit kisah perjalanan seharian bertemu dua sahabat jue yg tersyg nie..siapa lagi kalo bukan cik NORHAFIZA dan cik THAHIRAH.. J
Sebelom tu npa tajuk entry nie “takkan terpisah”?.. jwpn nya sebab jue suka sangat tengok iklan DiGi Buddyz kat tv tu..sangat comel..yg xpernah tengok,klik la bwah nie..tapi yg nie versi pnjg kalo lam tv dah di cut… J



ok arinie pun jue nak cta sal buddyz jue jadi sesuai sgtlah ngan tajuk di atas tu..bagi jue la..sesiapa yg merasakan tidak, tak apa itu pendapat anda.. J  “everyone have their own thoughts and different view about something”..
1st sangat excited jumpa ngan cik fiza berpeluk sampai dah tak pndang org kanan kiri..betol x cik fiza?..hee.. J kmi naik bus sampai ke jeti dan menanti pula kedatangan cik thahirah..tunggu punya tunggu akhirnya dtg juga cik kak tu..agak2 dtg dgn apa??..hmm bertapa hebatnya thahirah dtg dengan keta.. tak ada la adegan peluk sampai tak ingat dunia sebab ad pak cik di sebelah tempat memandu tu..hee..jangan x caya ya..THAHIRAH SUDAH BOLE MEMANDU!!!.. J sangat bangga ngan kamo0 sis…jadi Thahirah la yg bwa keta tu sampai ke Penang Hill..bayangkan baru ja lulus ujian dan dapat lessen ari sebelom tu dan kami merupakan penumpang pertama dya..sangat terharu..cik NORHAFIZA ckp cik THAHIRAH dah jadi sumber inspirasi dya tuk dpatkan lesen..jue rsa jue pun sama kot.. J

Alahamdulillah akhirnya tibalah di Penang Hill..

Okayy tak nak cta bnyk2 walaupun hakikatnya dah bnyk cta..(^_^)v
Biarlah gmbar menceritakan segalanya..
* seperti biasa mmg tak perfect la ari kmi kluar kalo tak tgkp gmbr*.. 

terpaksa beratur lma sbb org terlalu rmai..


*suka sgt dengan gmbr nie..J



























 
*suka gak ngan gmbr nie..J

Dari hati yang kecil buat sahabat berdua..


p/s: anda yang bersahaja,kita mempunyai kenangan kita yg tersendiri jgn pernah samakan atau bandingkan dgn org lain..J

waallahu'alam 

Thursday, October 18, 2012

Kisah Hitam Putih


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya.Syukur terhadapMu Ya Allah masih memberi kesempatan buat hambaMu ini bernafas di dunia pinjaman ini.

Kisah ini hanya sekadar sedikit contengan namun penuh dengan coretan kasih sayang dari hati kecil ini.. J

Alhamdulillah setelah 4 bulan berakhir sudah perjuangan di bumi Merbok untuk sem pertama.J

Bahagia satu perkatan yang menerangkan segala-galanya tentang kehidupan sebagai salah seorang pre lawrian..

Mengenali kalian sahabat seperjuangan sangat2 membuat kan kehidupan ini sebagai salah seorang student pre law begitu bermakna dan sentiasa di penuhi dengan semangat2 yg kalian salurkan melalui kata2 dan tingkah laku. Kalian mengajar sekali lgi erti persahabatan di dunia baru buat diri ini begelar universiti setelah erti persahabatan ini terlebih dahulu difahami di alam persekolahan.. kedua2 nya memberikan pengertian yg berbeza. Persahabatan di alam u sememangnya lebih mencabar dengan pelbagai karenah manusia namun kita sudah berjaya menempuhinya bukan?..kita tempuhinya dengan sikap tolak ansur,kefahaman yg mendalam serta kepercayaan yg tidak berbelah bahagi antara kita..sekali lgi ayat ini sebagai jawapannya..”kita dilahirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain”..Lengkapi kekurangan diri ini sahabat2ku..pimpin diri ini kejalan yg benar andai diri ini tesasar dari landasannya..jangan pernah biarkan diri ini terus keseorangan menempuhinya tanpa bantuan dan semangat dari kalian..sahabat2ku ketahuilah kalian terlalu bermakna buat diri ini..

Semoga persahabatan kita berkekalan..insyaAllah till JANNAH.. J

Kenangan terindah bersama kalian sahabat2 IMANKU..


Ya kalian sentiasa mengingatkan diri ini tentang Islam.J



Sebahagian dari kehidupan diri ini di bumi Merbok..J



IN MEMORY  ~ KPI0051C.. J


Dari hati yang kecil buat semua sahabat: Sahabatku..Perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai keimanan.Mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah. Semoga ikatan ukhuwah ini terbina selamanya.Sahabatku,mungkin seseorang itu mampu menjalani kehidupan tanpa kekasih namun jarang sekali seseorang itu mampu bertahan tanpa sahabat. 

wallhua'lam..wasalam..

Monday, September 24, 2012

Demi pena itu..(^_^)v

 
Ketuk2 debu yang dah mula berkumpul di blog nie eh panjat jap nak buang sawang2 di atas tu.. J ..jengok-jengok jap follower..wah Alhamdulillah dah bertambah nampk nya menjadi 9o orang..ok tersasar seketika dari niat asal..tapi kadang2 hidup ni x bole gak terlalu crius..hmm tol tak?. J ..
ok back to my real world.. J

Alhamdulillah masih di beri ruang bernafas di dunia pinjaman ini atas ihsan mu Ya Allah.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan jerih payah baginda dapat lagi kita menghirup udara segar nikmat Iman dan Islam pada hari ini..

Setelah sekian lama tak berblog akhirnya terbuka gak ati nak menjengah ke cni..bila dah lma tak menjejakkan kaki di blog  yang tersayang ada la pulak virus yang menyerang..apa2 pun terima kasih la cik virus anda membuat saya lebih menghargai blog saya..(^_^)

Terpanggil tuk buat entry baru bila tengok sahabat- sahabat kita yang update status di "muka buku" dengan pelbagai ragam nya..yang berkongsi sesuatu yang baik seperti ilmu ataupun sewaktu dengannya, tahniah anda menambah informasi berguna kepada kami..yg berkongsi perjalanan kehidupan seharian anda,terima kasih kerana sedikit sebanyak rakan2 mengetahui ap yang sdg berlaku dalam hidup anda samada sesuatu yang baik mahupun yang menyedihkan namun AWAS! janganlah perkara yang tak wajar di kongsi pun nak diceritakan.tak perlu rasanya jue nak xplain panjang2 semestinya ramai yang bole membezakannya..

Jadi apa yang dikongsikan nie?. J .intro punyalah panjang kan.. hmm sebenarnya jue terjumpa cik cik doodle dari seseorg nie..sgt cute tpi penuh dgn mesej dan berkaitan ngan ap yang jue nak sampaikan..jom tengok dulu.. 








ok ini yang jue nak sampaikan sebenar-benarnya.komunikasi berlandaskan Islam.ya la 'muka buku' dan 'mencicit' tu kan  dikatakan medan berkomunikasi.jadi bila kita bila kita nak buat apa2 pun di situ lakukan dengan cara baik dan berhemah terutama bila nak wat teguran atau menyampaikan ilmu. praktikkan apa ditunjukkan lam doodle cute tu..

*Sentiasa bercakap benar..jgn sampaikan benda yang tak betol..yang tak tau benda yg disampaikan tu tak betol  dimaafkan tapi bila dah tau kebenarannya silalah betolkan maklumat tersebut dengan segera..sebab itu pentingnya mengkaji sesuatu perkara terlebih dahulu  sebelom menyampaikannya.J 
*Elakkan bergosip ok juz ingat kita bercakap tentang keburukan seseorang tu mungkin lam masa yang sama sepuluh orang sedang bercakap tentang keburukan kita..J 
*most important part jangan sesekali mengguna kan kata2 yang tak proper..hmm dalam bahasa mudah 'makian' or 'cacian'..

Gunakan semua kemudahan tuk berkomunikasi dengan baik. Jangan pernah takot tuk sampaikan sesuatu yang baik. Takotkan pandangan TUHAN dan jangan sesekali takotkan pandangan manusia.

Mungkin sahabat2 bole buat macam nie di laman 'muka buku' mahupun laman 'mencicit' anda..J 


Walaupun ramai yang dah buat perkara sebegini namun tak salahkan jika anda juga menjadi salah seorang daripada mereka.

Dari hati yang kecil buat semua sahabat: Coretan ini dari insan yang banyak kekurangan tetapi masih menagih ruang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu di samping mengingatkan diri sendiri dan juga sahabat2..terima kasih yang sudi menjengah ke sini dan menjadi follower walaupun x banyak yang jue bole kongsikan di sini.. J 

Eh jap2..Mesti ad yang tertanya-tanya..Kenapa tajuknya demi pena itu?..Jawapannya sebab semua penulisan kita  boleh di kaitkan dengan pena. apa yang kita fikirkan selalunya kita sampaikan melalui pena dan medan komunikasi kita
( 'muka buku' dan 'mencicit').J.hanya cara penyampaian kita berbeza. kira simbolik la nie.. J

Tetarik dengan ayat nie: J

BILA MELIHAT DAN BERFIKIR,HATI MULA MEMBERIKAN DEFINISI,MINDA YANG BERTANYA MULA BERFALSAFAH LALU TURUN KE PENA UNTUK BERBICARA

sekian..wallahua'lam...


Friday, June 15, 2012

Destiniku Disini


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.Setelah lama menyepi Alhamdullillah hari ini sekali lagi di beri kesempatan olehNYA untuk mengunakan nikmat yang diberikan iaitu nikmat menulis dan nikmat berfikir seterusnya berkongsi rasa serta pengalaman bersanma rakan.

Semestinya semua sahabat boleh mengagak ap yg jue igin kongsikan pada hari ini.ya amat berkait rapat dengan gambar di atas. Alhamdulillah berjaya sudah jue mengelarkan diri ini sebagai mahasiswi dalam bidang yang sememangnya diingini..jue rasa bersyukur sangat dengan ap yang telah ditetapkan oleh tuhan buat jue..sememangnya Allah itu sebaik-baik perancang.. terima kasih jue ingin ucap kan buat semua yang selama ini memberi semangat buat jue terutama mak,ayah, adik beradik jue serta x lupa juga kepada semua sahabat2 yang selalu berada ketika tangis dan tawa..
Arini jue juga nak cita tentang minggu MDS iaitu minggu destini siswa yang jue hadiri sebelum mengelarkan diri ini sebagai mahasiswi..pada mulanya sememangnya tidak dapat menerima orentasi itu dengan sebaiknya tetapi alhamdulillah setelah mengikhlaskan diri akhirnya sedikit demi sedikit berjaya juga merasai keseronokkan minggu tersebut dan penilaian yang jue dapat buat tentang minngu ini adalah..
*sebenar-benarnya disebalik kegarangan pm(pembantu mahasiswa) yg menjadi fasi buat kami mahasiswa part 1 adalah untuk membiasakan kami dengan kehidupan yg bakal kami tempuh sebagai pelajar u.
*mereka cuba membuatkan kami menghargai masa dengan bangunkan di awal pagi dan menggesa mempercepatkan pergerakan kemana saja kami melangkah sepanjang mds
*di sebalik itu mereka juga cuba menghiburkan kami dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan ingin membuatkan kami gembira berada bersama mereka..
dan hasilnya sememangnya jue sendiri begitu menghargai usaha mereka dan sangat gembira bersama mereka....

Buat semua sahabat jue,berdasarkan pengalaman ini,pengajaran yang jue dapat adalah pertama jangan sesekali menilai sesuatu sebelum merasainya sendiri dan jgn pernah sesekali membenci perkara itu malah cuba ikhlaskan hati untuk menerimanya..hasilnya kita akan merasai kenikmatan sesuatu perkara itu malah hikmah disebaliknya..

*Terima kasih buat mak yg  menasihati diri ini agar mengikhlaskan hati..alwayz luv u mom..

Dari hati yang kecil buat semua sahabat:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...