Sunday, August 28, 2011

Ramadan Ku..




Asalamualaikum..w.b.t

 Alhamdulillah setelah sekian lama x mencoretkan serba sedikit perkongsian hati,tetiba arini terasa nak berkongsi sedikit perjalanan hidup  jue sepanjang Ramadhan yang tinggal beberapa ari untuk meninggalkan kita..Berpuasa bersama sahabat2  sangat menyeronokkan tambah2 lg berterawih bersama..part paling best kejar  imam maghrib..:-)..tapi 2 semua hanya leh di rasa d saina untuk kali terakhir ..mungkinkah twun depan suasana begini leh di rasai lagi?..Apa yang menariknya Ramadhan jua d saina..First sekali bangun sahur ramai2..time kejut org memang menguji kesabaran tapi sgt bermakna..lagi 1 kuar outing ramai2 g bazaar sampai pening x tau nk pilih ap coz banyak sangat juadah terhidang d depan mata.teringat muka wani ngan zut yang excited nk gi bazaar..:-).. kisah paling menyentuh hati waktu berbuka  time farihan ngan afiqah tersalah letak makanan kat tempat jue ngan thahirah..alkisah thahirah kuar nak g ambl nasi tuk jue ngan dya tp dah tengok tempat kami ada nasi jd thahirah pun ngan yakin nya ingat fiza n tin z dah ambl kat kami...tiba lah waktu berbuka maka kami pun x da nasi nasi just ad pinggan kosong ja..nasib bek ad org yg terlebih ambl nasi jd kami pun bahagi la nasi 2..cian kat farihan ngan piqah punyala rs bersalah ..ap yang menyetuh hati semua sahabat d sekeliling pakat hulur lauk ngan kuih ramai2..sangat terharu rs cam nk nangis..thankz sgt2 kat semua especially farihan,afiqah,fiza,tin z.nadroh n najah…kalian begitu prihatin kepada kami..ap yang menarik lg berbuka puasa di NAKA..minggu 2 sepatutunya balik tp km geng2 yang jauh nie pun berpakat ke NAKA  tumpang rumah Ira ngan Kak Aisyah..ari 1st berbuka d rumah kak Aisyah nagn thahirah mmg sgt best cam2 makanan mak kak Aisyah masak sampai kami x larat nk makan,,pas 2 berkongsi macam2 cerita nagn kak Aisyah..esoknya di rumah nisa..ini g banyak makanan ,laksam, tomyam,nasi,ayam masak merah,sotong dan macam2 gi..dah rasa cam kenduri lak..malam 2 terawih d masjid NAKA..walaupun hujan tapi semangat 2 tetap ad.. itu semua akan terus mekar  sebagai kenangan terindah dalam hidup jue dan juga dalam mengira detik tuk meninggalkan saina..terlalu banyak tuk dikongsikan kisah Ramadhan jue di saina tp ini saja mampu di coretkan..buat rakan2 terima kasih kerana menjadikan Ramadahan jue sangat bermakna..dengan adnya kalian hidup ini lebih bermakna..

p/s buat teman:Ramadahan hampir meninggalkan kt jadi gunalah kesempatan yg ad tuk perbanyakkan amalan kerana kita tidak tahu samada kita akan bertemu Ramadhan lagi atau tidak di tahun mendatang..
waallahualam..




Monday, June 27, 2011

IBU..

ibu, emak, iluvislam.com                        ASSALAMUALAIKUM..


Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.
Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?      


Coretan hati ini...


Ibu saya terlalu jauh dari saya namun tak pernah sesekali saya merasakan jauh kasih sayangnya kepada saya.Pengorbanannya tidak terkira buat saya. Penah saya merasakan bertanya kenapa saya tidak seperti rakan yang lain,apabila pulang ke rumah disambut mesra oleh ibu mereka sedangkan saya jarang berpeluang berjumpa ibu saya.Lama kelamaan saya menyedari hakikat itu ada insan lain yang lebih menderita dari saya dan langsung tidak berkesempatan menatap wajah ibu mereka.Ya Allah saya masih menpunyai kesempatan itu dan mengapa saya mempertikaikannya.Saya menjawab soalan itu dengan sendirinya.Sekarang saya bersyukur tuhan masih memberi kesempatan buat saya untuk bertemu ibu walau seketika tapi penuh bermakna.Saya terkenangkan kata itu "kadang-kadang Allah beri ujian tuk hambanya hanya untuk menguji keimanan hambanya,semakin dekat diri dengan NYA semakin kuat taufan melanda,biar rebah jangan pernah berubah"..Saya sedang di uji hanya sedikit sedangkan insan lain diuji lebih banyak dari saya.Jadi saya kuatkan dan tabahkan hati ini untuk menerima ujian ini seadanya.Semoga saya terus tabah hendak NYA..
waallahualam..


BUATMU IBU..







Friday, April 29, 2011

HARGAI AIR MATA WANITA..



ASSALAMUALAIKUM..Sedikit kisah bertapa tingginya nilai air mata wanita..Renungkanlah..





Seorang anak kecil lelaki bertanya ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Kerana aku seorang wanita",kata si ibu kepadanya."Aku tidak mengerti",kata anak itu.Ibu hanya memeluknya dan berkata"Dan kau tak akan pernah mengerti".Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya,"Ayah mengapakah ibu suka menangis tanpa alasan?","Semua wanita menangis tanpa alasan",hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.Anak lelaki kecil itu membesar menjadi lelaki dewasa,tetapi ingin tahu mengapa wanita sering menangis.Akhirnya dia berhubung dengan Tuhan dan bertanya," Ya Allah,mengapa wanita begitu mudah menangis?"..
Tuhan berkata:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun cukup lembut untuk memberi keselesaan"


"Aku memberi kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"






"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"






"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"






"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seseorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya,Aku merberi 'air mata' untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya digunakan bila-bila masa ia memerlukan"







"Kau tahu:Kecantikan seorang wanita itu bukanlah dari pakaian yang dikenakan ,rupa yang ditampilkan,atau bagaimana dia menyisir rambutnya"


"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana di situlah pintu hatinya-tempat di mana cinta itu ada"


Pesanan buat teman:Renung-renungkanlah setiap wanita...betapa istimewanya anda disisi Tuhan..betapa berhaganya seorang wanita..Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang DIA larang,InsyaAllah tempat anda di 'sana"..waallahualam..wasalam...






Wednesday, February 2, 2011

Novel..

ASALAMUALAIKUM..
Hari ini jue ingin bicarakan tentang novel yang Alhamdullilah telah selamat jue baca..Jadi jue mencadangkan kepada rakan2 untuk membaca novel2 nie..crius menyentuh hati dan sangat bermakna...  

Novel first nie adalah KITAB CINTA YUSUF DAN ZULAIKHA..Novel nie hanyalah kisah  tentang dua insan yang menyandarkan cinta mereka kepada ALLAH..Jadi rakan2 sememangnya wajar membaca novel nie..Bukan tu saja novel nie ad gak menyelitkan tentang nilai persahabatan bukan sahaja cinta..Itu yang membuatkan novel ini tersangat la menarik..Novel ini juga ad mengisahkan kasih seorang ayah kepada anaknya yang boleh membuatkan kita mengalirkan air mata..novel ini terlalulah bermakna buat jue kerana dihadiahkan oleh seorang insan bergelar ibu..Jadi kepada rakan2 jika ad masa terluang bolehlah mencari novel nie..Kalo nk pinjam kat jue pun bole..:-) 

INILAH NOVEL YANG DIBICARAKAN ITU..

Novel kedua adalah novel JAZIRAH CINTA..Kisah cinta islami yang indah dan pengembaran seorang hamba ALLAH mencari jalan kebenaran..Novel ni gak menceritakan bagaimana ketabahan seorang itu menghadapi ujian ALLAH akhirnya membawa dirinya ke jalan yang ingin ditujui..Novel nie juga memang tersangat la menarik dan seharusnya dibaca oleh rakan2 sekalian..
Kalo ad masa terluang cubalah cari ya..Crius x kan nyesal membaca..


INILAH NOVELNYA..

Kepada semua sahabat jika diberi kesempatan waktu cubalah membaca novel2 yang diceritakan..Dan jika sudah membaca ambil lah pengajaran dari kisah yang disampaikan..Semoga ia akan menjadi pedoman buat diri kita..Itulah sahaja yang ingin dikongsikan setakat ini.. wallahua'lam..wasalam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...