Monday, September 24, 2012

Demi pena itu..(^_^)v

 
Ketuk2 debu yang dah mula berkumpul di blog nie eh panjat jap nak buang sawang2 di atas tu.. J ..jengok-jengok jap follower..wah Alhamdulillah dah bertambah nampk nya menjadi 9o orang..ok tersasar seketika dari niat asal..tapi kadang2 hidup ni x bole gak terlalu crius..hmm tol tak?. J ..
ok back to my real world.. J

Alhamdulillah masih di beri ruang bernafas di dunia pinjaman ini atas ihsan mu Ya Allah.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan jerih payah baginda dapat lagi kita menghirup udara segar nikmat Iman dan Islam pada hari ini..

Setelah sekian lama tak berblog akhirnya terbuka gak ati nak menjengah ke cni..bila dah lma tak menjejakkan kaki di blog  yang tersayang ada la pulak virus yang menyerang..apa2 pun terima kasih la cik virus anda membuat saya lebih menghargai blog saya..(^_^)

Terpanggil tuk buat entry baru bila tengok sahabat- sahabat kita yang update status di "muka buku" dengan pelbagai ragam nya..yang berkongsi sesuatu yang baik seperti ilmu ataupun sewaktu dengannya, tahniah anda menambah informasi berguna kepada kami..yg berkongsi perjalanan kehidupan seharian anda,terima kasih kerana sedikit sebanyak rakan2 mengetahui ap yang sdg berlaku dalam hidup anda samada sesuatu yang baik mahupun yang menyedihkan namun AWAS! janganlah perkara yang tak wajar di kongsi pun nak diceritakan.tak perlu rasanya jue nak xplain panjang2 semestinya ramai yang bole membezakannya..

Jadi apa yang dikongsikan nie?. J .intro punyalah panjang kan.. hmm sebenarnya jue terjumpa cik cik doodle dari seseorg nie..sgt cute tpi penuh dgn mesej dan berkaitan ngan ap yang jue nak sampaikan..jom tengok dulu.. 








ok ini yang jue nak sampaikan sebenar-benarnya.komunikasi berlandaskan Islam.ya la 'muka buku' dan 'mencicit' tu kan  dikatakan medan berkomunikasi.jadi bila kita bila kita nak buat apa2 pun di situ lakukan dengan cara baik dan berhemah terutama bila nak wat teguran atau menyampaikan ilmu. praktikkan apa ditunjukkan lam doodle cute tu..

*Sentiasa bercakap benar..jgn sampaikan benda yang tak betol..yang tak tau benda yg disampaikan tu tak betol  dimaafkan tapi bila dah tau kebenarannya silalah betolkan maklumat tersebut dengan segera..sebab itu pentingnya mengkaji sesuatu perkara terlebih dahulu  sebelom menyampaikannya.J 
*Elakkan bergosip ok juz ingat kita bercakap tentang keburukan seseorang tu mungkin lam masa yang sama sepuluh orang sedang bercakap tentang keburukan kita..J 
*most important part jangan sesekali mengguna kan kata2 yang tak proper..hmm dalam bahasa mudah 'makian' or 'cacian'..

Gunakan semua kemudahan tuk berkomunikasi dengan baik. Jangan pernah takot tuk sampaikan sesuatu yang baik. Takotkan pandangan TUHAN dan jangan sesekali takotkan pandangan manusia.

Mungkin sahabat2 bole buat macam nie di laman 'muka buku' mahupun laman 'mencicit' anda..J 


Walaupun ramai yang dah buat perkara sebegini namun tak salahkan jika anda juga menjadi salah seorang daripada mereka.

Dari hati yang kecil buat semua sahabat: Coretan ini dari insan yang banyak kekurangan tetapi masih menagih ruang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu di samping mengingatkan diri sendiri dan juga sahabat2..terima kasih yang sudi menjengah ke sini dan menjadi follower walaupun x banyak yang jue bole kongsikan di sini.. J 

Eh jap2..Mesti ad yang tertanya-tanya..Kenapa tajuknya demi pena itu?..Jawapannya sebab semua penulisan kita  boleh di kaitkan dengan pena. apa yang kita fikirkan selalunya kita sampaikan melalui pena dan medan komunikasi kita
( 'muka buku' dan 'mencicit').J.hanya cara penyampaian kita berbeza. kira simbolik la nie.. J

Tetarik dengan ayat nie: J

BILA MELIHAT DAN BERFIKIR,HATI MULA MEMBERIKAN DEFINISI,MINDA YANG BERTANYA MULA BERFALSAFAH LALU TURUN KE PENA UNTUK BERBICARA

sekian..wallahua'lam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...