Saturday, May 12, 2012

Rock The Ukhuwah!!!!!!!!!





“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah masih lagi diberi dua nikmat yang terindah dalam kehidupan manusia iaitu nikmat Iman dan Islam.rock the ukhuwah,tajuk yang agak menarik kan?.. J..ap itu rock the ukhuwah?...


Ok sebenarnya rock the ukhuwah nie adalah satu program yg jue sertai.jadi juz nak share tentang program yang jue join nie.program nie dianjurkan olh akak2 maktab perguruan (RECSAM) kiranya bakal2 pendidik di masa hadapan la nie.. J hasil gabungan group2 usrah yang dibimbing oleh akak2 nie..program yang sgt2 menarik bagi jue.





Program ini dianjurkan untuk kita merasai semangat berperang di zaman Rasulullah S.A.W..dimulakan dengan kisah perang di zaman Nabi dimana kisah para sahabat yang berjuang dengan penuh semangat demi mendapat redhaNYA disamping memburu syahid.seterusnyademonstrasi solat ketika perang ditunjukkan dan syarat2 game (war game) diterangkan.salah satu syarat nya adalah kumpulan mestilah peka dengan azan yang akan diperdengarkan bagi memastikan ahli kumpulan solat,jika tidak solat kumpulan itu dikira kalah serta merta kerana tiada makna menang tanpa solat,syarat ini menunjukkan bertapa solat amat penting dalam keadaan perang sewaktu nyawa di hujung tanduk pun org yg dalam peperangan diwajibkan solat.jadi syarat di beri penuh dengan perisian tersendiri. Jue ditakdirkan menjadi salah seorang pejuang kumpulan yang diberi nama Al-Fatih bersama cik Fiza dan cik Thahirah. J..namun dua lagi sahabat cik Mira dan cik Ya pula menjadi musuh di pihak lawan yang di beri nama Salahuddin.. J..tapi x pa kami hanya bermusuh ketika dalam game sahaja kerana realitinya mereka adalah lovely usrahmates.




Melalui program ini jue dapat juga membuka mata tentang beberapa perkara,pertama jika kita baca sejarah perperangan terdahulu , kadang2 kita akan pertikaikan dan tertanya kenapa ada sahabat yang lari dri medan perang ketika itu,tapi jika kita berada di tempat itu tanpa keimanan yang kukuh kita juga akan berasa ingin berlari jauh dari situ.itu yang apa yg jue rasakan diawal game dan jika kita hayati betul2 game tu kita kan berfikir adakah aku musyrikin seperti mereka yang lari dari medan perang semasa berperang bersama Nabi. Namun Alhamdulillah di pertengahan semangat lain yg dtg apabila melihat sahabat2 yang lain dan terselit jua dua sahabat jue cik Norhafiza dan cik Thahirah berjuang habis-habisan dan mampu solat dalam keadaan diserang dan waktu 2 jue rasa aku juga perlu setabah mereka dan berjuang seperti mereka.jadi waktu kemengan berada di pihak kami di game pertama jue dah nekad akan bertahan tuk game yang kedua pula. Syukur kerana masih dapat merasa erti sebenar perjuangan.

Bermulalah game kedua,barulah semangat,waktu nie la jue rasa cam mana pula persaaan para sahabat yang sanggup menjadi barisan hadapan memburu syahid untuk menegakkan Islam sampai akhirnya syahid menjadi milik mereka. Game ke2 tamat dan Alhamdulillah kemenangan masih milik kami apabila panji pihak Salahudin berjaya dirampas. Bermulalah pula game ke 3,syarat ditambah apabila untuk memperolehi kemenangan kedua2 pihak perlu membunuh semua pejuang pihak lawan dan merampas panji.bukan itu sahaja terdapat juga barang amanah yang dititpkan. Ketika ini jue bersa sangat bersyukur apabila di beri kepercayaan membawa brg amnah jauh dari pihak lawan.walaupun akhirnya kami tewas namun jue sangat gembira dapat membawa tanggungjawab itu dengan sebaiknya. 


Ap yg jue dapat katakan program ini memberi sangat banyak manfaat kepada jue dan sahabat dengan merasai serba sedikit keadaan perang waktu zaman baginda Rasulullah SAW.terlalu byk ingin dikongsi namun merasakan cukur sekadar disini perkongsiaan yang ingin disampaikan.terima kasih buat kak Nuhan yang sudi menjemput jue dan rakan2 tuk join program ini dan memperkenalkan kami dengan akak2 usrah yang lain serta terima kasih kepada kak Rosmi yang sudi menjemput dan menghantar kami.insyaAllah kita akan terus bersama mengikuti program2 seperti ini di masa akan dtg.




Dari hati yang kecil buat sahabat: “ Aku mencintaimu duhai sahabatku.. yang sentiasa mengingatkanku padaNYA..yang melihat tingkahmu,teringatkanku pada perintahNYA.yang mendoakan ku dalam tawa  dan dukaku..yang mengajakku ke taman-taman syurga..yang meredakan amarahku dengan peringatan dari ayat-ayat cintaNYA..yang menenangkan tangisku dengan alunan zikir padaNYA.. Terima Kasih ALLAH kerana menghadiahkan daku teman pengiring ke syurgaMU”..
Coretan ROCK THE UKHUWAH.. J




Wednesday, May 9, 2012

Perpisahan Demi Kebaikan



“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah sekali lagi diberi ruang dan nafas untuk menghirup udara segar nikmat Iman dan Islam.Perpisahan untuk kebaikkan,tajuk cam suspen ja kan. sememangnya semua manusia yang bergelar makhluk Tuhan tidak akan terlepas dari menghadapi perpisahan tak kira perpisahan dari segi apapun pasti akan dihadapi oleh kita.semestinya perpisahan dengan orang yang kita sayangi dalam waktu yang lama mahupun tidak malah selamanya tidak di sukai oleh kita yang bergelar manusia.namun sebenarnya perpisahan itu kadang2 perlu untuk kebaikkan. Jadi walau sesukar manapun terimalah perpisahan itu dengan hati yang redha. Mukadimah yang agak pnjang
 untuk kisah dari jue yang x seberapa. J

Tarikh 4 MEI 2012 tamatlah sudah kerjaya jue sebagai seorang operator pengeluaran.(bukan di pecat ya,meletak jawatan dengan terhormat. J )..oleh itu,terpaksalah jue ngan sahabat karib cik Fiza berpisah dengan kakak2 tersayang..ya jue da cakap perpisahan itu perlu demi kebaikkan,kami berdua perlu berhenti untuk meneruskan cita2 dengan melanjutkan pelajaran.walaupun berat tuk meninggalkan kakak2 tersayang iaitu kak ina,kak karsih,kak nita,kak lea,kak ain dan kak zah yang dah banyak mengajar kami untuk mengenal dunia pekerjaan namun kami terpaksa teruskan juga melangkah meninggalkan seribu 1 kenangan di venture.. 

KENANGAN KAMI BERSAMA..( ^_^ ) 





Apa yang jue boleh katakan perpisahan ini tak bermakna hubungan yang terjalin antara kita terkubur begitu sahaja malah akan menambahkan lagi kekuatan ukhuwah antara kita agar sering berhubung dari jarak yang jauh.oleh itu,kita semua malah jue sendiri perlu redha dengan perpisahan yang telah tersurat.semoga perhubungan kita yang terbina  demi cintaNYA terus  kukuh meskipun dibatasi jarak dan waktu. Kenangan antara kita tak mungkin akan dilupakan dan akan terus terkubur didalam hati dan ingatan.

“PERPISAHAN ITU PERLU DEMI KEBAIKKAN”

Dari hati yang kecil buat semua sahabat: “walau jauh jarak memisahkan kita,namun kita masih memandang langit yang sama. Jadi kita sebenarnya tidak pernah jauh”.. J


Jalan Seterusnya





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dan tidak berkongsi idea mahupun kisah perjalanan hidup,harini tetiba rasa nak berkongsi sedikit pengalaman jue..sekarang nie ramai yang sedang dalam fasa memilih pilihan untuk melanjutkan pelajaran ad yg tengah fikir nak pegi matrik ka or nak wat asasi dan macam2 lagi..tak ketinggalan jue. Alhamdulillah ditawarkan juga ke matrik dan juga asasi undang2 di uitm tapi masih juga berfikir untuk memilih yang mana dan jue percaya apa yang Allah rancangkan untuk kita sememangnya terbaik untuk dri kita..

semakan keputusan upu.. J


Allah itu adalah sebaik-baik perancang.oleh itu kepada semua sahabat yang x dapat apa yang anda inginkan juz bersyukur dengan ap yang ad dan buat keputusan dengan ap yg telah kita perolehi sekarang dan terdekat untuk kita capai..

Teringat pula sebelum dapat result punyala pening nak pilih u dan program yang ditawarkan..pastu pegi program JOM MASUK U ngan dua cik kak ,siapa lagi kalo bukan  sahabat baik saya cik Fiza ngan cik Tin z..tapi cik Thahirah x da la pulak time nie almaklum wirawati la katakan..kenangan itu akan terus jadi kenagan terindah..pas pegi 2 ,punya la banyak pamphlet dapat dan semua mestila pasal u kan..
pas balik 2 ad la tgk dua tiga.. J..tapi yang paling bes dapat byk keychain dan byk lgi souvenir.. ya sememangnya kalo x 
tangkap gambar mesti x lengkap nya hari kan.. J..jadi inilah gambar time JOM MASUK U.. J





Dari hati yang kecil buat semu sahabat: “kita selalu mempertikaikan ap yang telah Allah tetapkan buat kita tanpa menyedari itulah perancangan Tuhan yang terbaik utk kita. oleh itu berhentilah mempertikaikan ketetapan itu dan lihatlah dengan mata hati hikmah di sebalik semua itu”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...