Lihatlah berapa
ramai orang yang hadir dalam hidup kita di dunia ini.. dan kita doakan antara
orang2 yang hadir itu kekal hingga ke JANNAH selepas menemui kematian..tetapi
walaupun ramai, ada yang kita hanya mampu menjadikan tempat dalam berkongsi rasa
tetapi tidak untuk memahami sebaiknya mahupun bekerja bersama..
Itulah pentingnya
sikap menerima seada mungkin siapakah mereka yang hadir dalam hidup kita..
Dan itulah silap
diri ini..mengharapkan sesuatu yang tidak mampu diberi mereka..
Sesungguhnya susah
untuk mengorbankan perasaan sendiri demi menghargai perasaan orang lain..tetapi
kita masih boleh mencuba..perkara yang tidak nampak ini sebenarnya sangat
menyakitkan daripada perkara yang mampu dilihat dari mata kasar…
Di saat ini Allah
telah pinjamkan mereka untuk berkongsi saat suka dan duka bersama..diri ini
sedang mencuba menerima dan menghargai pinjaman Allah yang sementara ini dan akan diambil pada bila2 masa dari diri ini
tanpa dapat ditahan oleh sesiapa..
Jujur, diri ini
manusia yang hina dan lemah..hati manusia cepat sangat digoda dan
berkecamuk..hati ini juga cepat tersa, mulalah datang perasaan-perasaan kurang
enak itu..diri ini juga manusia yang sering kalah dengan perihal-perihal
begini..cepat terasa,mudah marah dan semuanya dalam masih dalam proses
memperbaiki..MAAF..
Dari hati yang
kecil: untuk mendapatkan sesuatu,kita perlu mengorbankan sesuatu..untuk menang
kita perlu kalah terdahulu..untuk bangun wajib untuk kita jatuh dahulu..
“Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis”..
“Allah is very beautiful in designing our life”..
wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment