Saturday, May 12, 2012

Rock The Ukhuwah!!!!!!!!!





“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah masih lagi diberi dua nikmat yang terindah dalam kehidupan manusia iaitu nikmat Iman dan Islam.rock the ukhuwah,tajuk yang agak menarik kan?.. J..ap itu rock the ukhuwah?...


Ok sebenarnya rock the ukhuwah nie adalah satu program yg jue sertai.jadi juz nak share tentang program yang jue join nie.program nie dianjurkan olh akak2 maktab perguruan (RECSAM) kiranya bakal2 pendidik di masa hadapan la nie.. J hasil gabungan group2 usrah yang dibimbing oleh akak2 nie..program yang sgt2 menarik bagi jue.





Program ini dianjurkan untuk kita merasai semangat berperang di zaman Rasulullah S.A.W..dimulakan dengan kisah perang di zaman Nabi dimana kisah para sahabat yang berjuang dengan penuh semangat demi mendapat redhaNYA disamping memburu syahid.seterusnyademonstrasi solat ketika perang ditunjukkan dan syarat2 game (war game) diterangkan.salah satu syarat nya adalah kumpulan mestilah peka dengan azan yang akan diperdengarkan bagi memastikan ahli kumpulan solat,jika tidak solat kumpulan itu dikira kalah serta merta kerana tiada makna menang tanpa solat,syarat ini menunjukkan bertapa solat amat penting dalam keadaan perang sewaktu nyawa di hujung tanduk pun org yg dalam peperangan diwajibkan solat.jadi syarat di beri penuh dengan perisian tersendiri. Jue ditakdirkan menjadi salah seorang pejuang kumpulan yang diberi nama Al-Fatih bersama cik Fiza dan cik Thahirah. J..namun dua lagi sahabat cik Mira dan cik Ya pula menjadi musuh di pihak lawan yang di beri nama Salahuddin.. J..tapi x pa kami hanya bermusuh ketika dalam game sahaja kerana realitinya mereka adalah lovely usrahmates.




Melalui program ini jue dapat juga membuka mata tentang beberapa perkara,pertama jika kita baca sejarah perperangan terdahulu , kadang2 kita akan pertikaikan dan tertanya kenapa ada sahabat yang lari dri medan perang ketika itu,tapi jika kita berada di tempat itu tanpa keimanan yang kukuh kita juga akan berasa ingin berlari jauh dari situ.itu yang apa yg jue rasakan diawal game dan jika kita hayati betul2 game tu kita kan berfikir adakah aku musyrikin seperti mereka yang lari dari medan perang semasa berperang bersama Nabi. Namun Alhamdulillah di pertengahan semangat lain yg dtg apabila melihat sahabat2 yang lain dan terselit jua dua sahabat jue cik Norhafiza dan cik Thahirah berjuang habis-habisan dan mampu solat dalam keadaan diserang dan waktu 2 jue rasa aku juga perlu setabah mereka dan berjuang seperti mereka.jadi waktu kemengan berada di pihak kami di game pertama jue dah nekad akan bertahan tuk game yang kedua pula. Syukur kerana masih dapat merasa erti sebenar perjuangan.

Bermulalah game kedua,barulah semangat,waktu nie la jue rasa cam mana pula persaaan para sahabat yang sanggup menjadi barisan hadapan memburu syahid untuk menegakkan Islam sampai akhirnya syahid menjadi milik mereka. Game ke2 tamat dan Alhamdulillah kemenangan masih milik kami apabila panji pihak Salahudin berjaya dirampas. Bermulalah pula game ke 3,syarat ditambah apabila untuk memperolehi kemenangan kedua2 pihak perlu membunuh semua pejuang pihak lawan dan merampas panji.bukan itu sahaja terdapat juga barang amanah yang dititpkan. Ketika ini jue bersa sangat bersyukur apabila di beri kepercayaan membawa brg amnah jauh dari pihak lawan.walaupun akhirnya kami tewas namun jue sangat gembira dapat membawa tanggungjawab itu dengan sebaiknya. 


Ap yg jue dapat katakan program ini memberi sangat banyak manfaat kepada jue dan sahabat dengan merasai serba sedikit keadaan perang waktu zaman baginda Rasulullah SAW.terlalu byk ingin dikongsi namun merasakan cukur sekadar disini perkongsiaan yang ingin disampaikan.terima kasih buat kak Nuhan yang sudi menjemput jue dan rakan2 tuk join program ini dan memperkenalkan kami dengan akak2 usrah yang lain serta terima kasih kepada kak Rosmi yang sudi menjemput dan menghantar kami.insyaAllah kita akan terus bersama mengikuti program2 seperti ini di masa akan dtg.




Dari hati yang kecil buat sahabat: “ Aku mencintaimu duhai sahabatku.. yang sentiasa mengingatkanku padaNYA..yang melihat tingkahmu,teringatkanku pada perintahNYA.yang mendoakan ku dalam tawa  dan dukaku..yang mengajakku ke taman-taman syurga..yang meredakan amarahku dengan peringatan dari ayat-ayat cintaNYA..yang menenangkan tangisku dengan alunan zikir padaNYA.. Terima Kasih ALLAH kerana menghadiahkan daku teman pengiring ke syurgaMU”..
Coretan ROCK THE UKHUWAH.. J




No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...