Monday, January 31, 2011

2 Cinta.



Ada dua cinta dalam kehidupan kita sebagai manusia,yang pertama adalah cinta kita kepada ALLAH dan yang kedua cinta kita kepada manusia.


Cinta kepada manusia haruslah disandarkan kepada cinta-NYA..cinta insan wujud dari cinta ILLAHI..
Cinta adalah fitrah,untuk itu setiap manusia tidak boleh mengelak darinya..Mengelak bererti mereka menyangkal fitrah..Jika manusia tidak mendekatinya,pasti cinta yang akan menghampirinya,dan semakin mereka menolaknya ia pasti akan menghimpit juga..


Tidak ada sakit yang lebih pedih dari luka akibat cinta.Dan bukan pasangan kekasih sahaja yang merasakan,kepedihan serupa itu,tetapi rasa cinta kita kepada ALLAH juga hadir tatkala jiwa kita dilanda kesedihan dan kesusahan..Apabila sedih dan derita kita terus mengingati ALLAH..Tetapi,aduhai...betapa malangnya nasib manusia jika mereka tunduk dan tewas terhadap cinta itu sehingga melalaikan diri daripada mengabdikan diri mereka kepada tuhan..Cinta tidak memiliki mata tetapi bisa menyebabkan mata dan hati buta kerananya..

Cinta itu fitrah dan lumrah alam,ia berasal dari ALLAH S.W.T..Kerana apa sahaja yang berasal dari ALLAH IA SESUNGGUHNYA SUCI..Lalu suci atau tidak cinta itu,apabila dia telah di tawan oleh hawa nafsu atau tidak..

Pesanan buat teman: "Cintailah ALLAH kerana sesungguhnya cinta ALLAH itu kekal buat selamanya"..
wallahua'lam..

Sunday, January 30, 2011

Ujian ALLAH..

Ujian ALLAH adalah satu tarbiah untuk kita..semakin dekat bahtera diri dengannya makin kuat taufan melanda,biar rebah jangan berubah!..Biar terbuang teruskan perjuangan!..Senyum mujahid memburu syahid.Rendahkan diri di dada solat,genangi mata dengan air mata taubat,serikan wajah dengan siraman wuduk,sucikan hati dengan wangian keikhlasan,pagari diri dengan benteng keimanan..


Kita pohon kekuatan,ALLAH beri kesulitan untuk jadikan kita kuat..Kita pohon keteguhan hati,ALLAH beri masalah untuk diatasi..Kita pohon keyakinan,ALLAH beri ujian untuk memantapakn iman dan jiwa..
Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini,namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tak mampu lagi bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan,Bukti kasihNYA,kita wujud di dunia pinjaman ini..

Pesanan buat teman: "UJIAN ALLAH SEMEMANGNYA PAHIT NAMUN AKAN MENJADI MANIS DENGAN SEDIKIT KEREDHAAN"...wallahua'lam...

Saturday, January 29, 2011

Jihad Seorang Wanita

    1. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang ALLAH tetapkan.
    2. Memerangi perkara-perkara bid'ah,khurafat, serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang menguasai wanita masa kini.
    3. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaedah untuk umat manusia amnya.
    Sebagai kesimpulan ,perlu dijelaskan dalam diri  kita bahawa jihad paling utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang ALLAH kurniakan.Manakala jihad tambahan yang ALLAH kurniakan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama.Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.



    Dari Aisyah radhiallahu'anha,katanya:
    "Pernah ana bertanya : "Wahai Rasulullah,apakah wajib ke atas kaum wanita itu jihad?."
    Jawab Baginda : "Ya,ke atas mereka jihad tanpa ada peperangan padanya; iaitu haji dan umrah."
     (HR Iman Ahmad dan Ibnu Majah -sahih)



    Pesanan buat sahabat2ku:
    Berjihadlah mengikut kemampuan,InsyaALLAH hidup kita diberkati.wallahua'lam..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...