Sunday, December 30, 2012

Walimaturus Isa & Jurina



~ZAIRUS GENERATION STORY~
*Biarlah gambar menceritakan segala-galanya*  J










































































~ THE END~
J

J..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..Aminn..J



Saturday, December 29, 2012

Kakakku Kini Milik Orang

J~INA & ISA~J
Alhamdulillah dengan izinMU Ya Allah berakhir sudah hari penting  buat insan antara yg sgt ku sayangi dan sebahagian dari hidup ini…
Ya kakak saya sudah menjadi milik orang.. J
Siapakah insan yang bertuah itu????…
Insan itu adalah Mohammad Isa Bin Yusoff atau lebih mesra di panggil abg lan…persoalannya kenapakah abg lan bkan abg isa?..katanya dulu kecil2 x mesra ngan nama tu so family pggil la lan..apa2 pun tima jelah.. J
Mengusuri sepanjang perjalanan sebelom hinggalah hari yang dinanti-nantikan..
Bermula pada hari jumaat persiapan sgt2 lah sibuk dijalankan..tpi jue lewat sampai kerumah jadi jue kurang tawu sgt persiapan pada hari tu..ok bermulalah hari yang memenatkan bagi jue dan mungkin yang lain juga..
HARI SABTU!!!..
Di awal pagi bersama my sis Kekta n my bestie are2 mula design tudung bawal ksong dengan manik2..ya part nie mmg memerlukan kesabaran dan mengambil msa berjam-jam gak la tpi hasilnya sgt memuaskan.. J

Lihatlah hasilnya.. J

Waktu tengah hari waktu berehat seketika untuk perjuangan 
di waktu petang..(^_^)v

Bermulalah perjuangan ..FIGHTING!!!!!!!!!!..
Diketuai oleh Junita bersama konco2 nya..mula packing door gift yang berjumlah seribu pluuusss, pluusss..part nie mmg sgt letih sebab pack non stop dari kol 4 sampai la malam..keja  jue lak susun door gift yg dah siap dalam kotak..hoho sgt penat sebab production yang terlalulah proaktif… J                     
 tpi appun sgt best wat keja nie walaupun agak penat  sebab wat ramai..luv u all yg sgt proaktif.. J

DOOR GIFT!!!!!!!!!!

Tibalah hari kejadian..wah hari kejadian.. J
HARI AHAD!!!!!!!!!!!
Ok dah xlarat nak cita dah…ad la gmbr nak tunjuk tpi x bnyk la..xsempat nak snap almaklum sibuk..kalo hari sebelom2 tu  penat..maka hari ini double n triple penat..sampai cni saja coretan kali ini..

Dapat juga jumpa my buddyz time sekola rendah..

ketibaan pengantin..


 Dari hati yang kecil buat teman: Thankz sgt tuk bestie sya are2 n fiza runner yg setia coz sudi dtg berhempas pulas bersama kami..always luv both of u..hah ad gak ucapan tuk sahabat yang lain “kadang-kadang benda yang berat dah susah tuk dilaksanakan akan menjadi mudah apabila dilakukan bersama-sama dengan keikhlasan dari hati”.. J  
wallahua’lam..



Wednesday, December 12, 2012

Cemburu

Alhamdulillah masih diberi nikmat mendengar dan melihat serta merasa segala kurniaan Tuhan yang diberikan kepada diri ini tanpa henti..

Tuhan mengurniakan juga hati kepada diri ini untuk merasai seribu satu perasaan yang  merupakan lumrah kepada setiap manusia..

Ya diri ini cemburu...

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. .begitu juga diriku..

Pertamanya sangat-sangat cemburu melihat wanita yang lebih solehah berbanding diri ini..namun tidak sama sekali cemburu melihat wanita yang jauh lebih cantik kerana bagi diri ini setiap ciptaan Allah itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan kecantikkan wanita itu bukanlah dinilai dari segi rupanya namun kecantikan yg sebenar adalah terletak pada akhlaknya..diriku cemburu dan ingin sekali menjadi seperti mereka..

Sejujurnya diri ini cemburu,cemburu melihat orang yang disayangi sedang begembira bersama orang lain sedangkan diri ini tidak mampu memberi kegembiraan seperti itu..mencuba untuk menerima kelemahan diri ini seadanya dan bertahan kerana menyedari keikhlasan dan kepercayaan itu lebih utama dari segala- galanya..

wahai diri terus mencuba untuk bertahan..

Dari hati yang kecil: Semoga perasaan cemburu ini tidak membuat diri kita dikuasai oleh rasa cemburu sehingga melanggar apa-apa saja yang telah disyari’atkan Allah swt. Nauzubillah. Sememangnya layak untuk kita merasakan cemburu. Kerana itu adalah fitrah yg sudah diberikan oleh Allah..

wallahua'lam..



Tuesday, December 11, 2012

Jangan Mengumpat!

Alhamdullillah masih di beri kesempatan pada hari ini untuk berkongsi rasa dan juga pendapat..
ya hari ini lebih kepada ingin berkongsi rasa dan sedikit pendapat.. J

JUDGEMENTAL!!!..
kepada sahabat disana yang suka menilai orang lain plizzz,plizzzz and plizzzzz tke note ya.. J

Berhentilah menilai orang sahabatku..mulalah menilai diri sendiri sebelom menilai keburukan orang lain..manusia semua tidak sempurna..tidak saya dan tidak juga diri anda..



Bayangkan anda menilai sahabat anda dengan seribu satu keburukan yang anda lihat pada dirinya dan sampaikan kpada org lain sedangkan pekara itu tidak benar sama sekali..maka tesebarlah keburukan dia dan orang mula memandang serong kepadanya..kira mengumpat juga la tu..ingat sahabatku 

"mengumpat itu ibarat meratah daging saudara sendiri."..

Seandainya kita rasa panasnya hati jika orang lain bercerita tentang keburukan dan membuka keaiban diri kita, apakah pula perasaan orang yang kita bercerita tentangnya itu?
Sanggupkah kita memakan dan meratah daging saudara kita sendiri?
Perkara ini juga boleh disifatkan sebagai FTNAH sahabatku..fitnah it ibarat api yang mudah membakar dan mudah tesebar..Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)..

Dari hati yang kecil buat sahabat: coretan ini untuk mengingatkan diriku dan juga dirimu..waaluhua'lam

“Celakalah untuk setiap pencaci, pengeji”
(Al-Humazah:1)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...