Monday, January 31, 2011

2 Cinta.



Ada dua cinta dalam kehidupan kita sebagai manusia,yang pertama adalah cinta kita kepada ALLAH dan yang kedua cinta kita kepada manusia.


Cinta kepada manusia haruslah disandarkan kepada cinta-NYA..cinta insan wujud dari cinta ILLAHI..
Cinta adalah fitrah,untuk itu setiap manusia tidak boleh mengelak darinya..Mengelak bererti mereka menyangkal fitrah..Jika manusia tidak mendekatinya,pasti cinta yang akan menghampirinya,dan semakin mereka menolaknya ia pasti akan menghimpit juga..


Tidak ada sakit yang lebih pedih dari luka akibat cinta.Dan bukan pasangan kekasih sahaja yang merasakan,kepedihan serupa itu,tetapi rasa cinta kita kepada ALLAH juga hadir tatkala jiwa kita dilanda kesedihan dan kesusahan..Apabila sedih dan derita kita terus mengingati ALLAH..Tetapi,aduhai...betapa malangnya nasib manusia jika mereka tunduk dan tewas terhadap cinta itu sehingga melalaikan diri daripada mengabdikan diri mereka kepada tuhan..Cinta tidak memiliki mata tetapi bisa menyebabkan mata dan hati buta kerananya..

Cinta itu fitrah dan lumrah alam,ia berasal dari ALLAH S.W.T..Kerana apa sahaja yang berasal dari ALLAH IA SESUNGGUHNYA SUCI..Lalu suci atau tidak cinta itu,apabila dia telah di tawan oleh hawa nafsu atau tidak..

Pesanan buat teman: "Cintailah ALLAH kerana sesungguhnya cinta ALLAH itu kekal buat selamanya"..
wallahua'lam..

No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...