Friday, December 30, 2011

Azam tahun baru..





Alhamdulillah sedikit hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi..semestinya ramai dah mula nak coretkan azam tahun baru kan..jadi arini jue terpanggil tuk berkongsi ap yang baca tentang matlamat hidup manusia..terasa sesuai lak dengan azam twun baru nie..mungkin boleh dijadikan panduan tuk  sahabat2 tuk memulakan azam baru..

Matlamat dan peranan hidup manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah islam sejelas-jelasnya.Manusia tidak dijadikan sia2 dan tidak dibiarkan  begitu sahaja.ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu ..ia tidak dijadikan untuk dirinya,ia juga tidak dijadikan untuk berseronok,bukan juga untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah,dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan..

Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah ALLAH serta menjadi khalifah di bumi..ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang yang pendek ini,amanah taklif dan tanggungjawab…manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab..dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung..

Ada orang berkata “si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup”.penyataan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan,persoaln masih ada,kenapa manusia hidup?..

Adapun para materialisme  menjawab “sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia.”
Manakala orang beriman menjawab “manusia hidup hanya kerana Tuhannya yang Maha tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi..”
Firman ALLAH SWT: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa KAMI hanya menciptakan kamu(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu?.dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada KAMI?..Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah ALLAH yang menguasai seluruh alam,lagi yang tetap benar..”(Al-Mukminun:115-116)

Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya denagn orangnya yang hidup untuk Tuhannya,di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari TUHAN tidak mengetahui matlamat hidup manusia,kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap.Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu.Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup..

Dengan perkataan lain, “manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokkan tidak lebih daripada itu..Apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhirlah segala-galanya.Alangkah benarnya kata AL-QURAN: “katakanlah matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja..”(Al-Nisaa’:77)

DARI HATI YG KECIL BUAT SMUA SAHABAT: Mungkin artikel nie dapat membantu tuk sebagai rujukan untuk memulakan azam twun baru..untuk memulakan sesuatu yang baru hendaklah berpandukan matlamat hidup kita sebagai makhluk ciptaan ALLAH di dunia pinjaman ini..sekadar renungan bersama  wallahualam..wasalam



























2 comments:

syakira said...

syukran jazilan ya ukhti..
slmat thun baru...
^_^

mujahidunlinafsihi said...

bitte schon ya syai..:-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...