Alhamdulillah
masih diberi nikmat mendengar dan melihat serta merasa segala kurniaan Tuhan
yang diberikan kepada diri ini tanpa henti..
Tuhan
mengurniakan juga hati kepada diri ini untuk merasai seribu satu perasaan
yang merupakan lumrah kepada setiap manusia..
Ya
diri ini cemburu...
Sifat
cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung.
.begitu juga diriku..
Pertamanya
sangat-sangat cemburu melihat wanita yang lebih solehah berbanding diri
ini..namun tidak sama sekali cemburu melihat wanita yang jauh lebih cantik
kerana bagi diri ini setiap ciptaan Allah itu mempunyai keistimewaan tersendiri
dan kecantikkan wanita itu bukanlah dinilai dari segi rupanya namun
kecantikan yg sebenar adalah terletak pada akhlaknya..diriku cemburu dan ingin
sekali menjadi seperti mereka..
Sejujurnya
diri ini cemburu,cemburu melihat orang yang disayangi sedang begembira bersama
orang lain sedangkan diri ini tidak mampu memberi kegembiraan seperti
itu..mencuba untuk menerima kelemahan diri ini seadanya dan bertahan kerana
menyedari keikhlasan dan kepercayaan itu lebih utama dari segala- galanya..
wahai
diri terus mencuba untuk bertahan..
Dari
hati yang kecil: Semoga perasaan cemburu ini tidak membuat diri kita dikuasai
oleh rasa cemburu sehingga melanggar apa-apa saja yang telah disyari’atkan
Allah swt. Nauzubillah. Sememangnya layak untuk kita merasakan cemburu. Kerana
itu adalah fitrah yg sudah diberikan oleh Allah..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment