Bila kamu telah
bertemu dengan seorang INSAN,
Yang bagimu telah
pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan
mencintaimu…
Mengapa kamu
berlengah lagi?
Cuba
membandingkannya dengan yang lain?
Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN,
Kelak dia akan
berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan
MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya
yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam
hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah
kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN
yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita
sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR
dengan apa yang kita sudah MILIKI…
Kita akan
BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
Kita juga tidak
sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada
insan yang sempurna dalam dunia ini…
Setiap yang bernama
manusia itu mempunyai kelemahan…mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu
dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke
arah KEBAIKAN…
Itulah pasangan SALING MELENGKAPI…
Apa yang utama ialah
mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan
seseorang yang mencintai-NYA…
Mencari yang
sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??
Tepuk dada tanyalah
IMAN…
Bersyukurlah bila
telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas
setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan
keimanan…
Cinta yang membuat
merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah
kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala
kekurangannya untuk menggapai Ridha-Nya..
Ingatlah...Kesempurnaan
Hanya Milik Allah.
Wallahu'lam
No comments:
Post a Comment